BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

KATA-KATA CIKGU ANA

SELAMAT DATANG KE BLOG CIKGU ANA..BE MY FOLLOWER :)

Saturday 24 September 2011

Hiperaktif, kurang tumpuan


ELMAN suka sangat mengusik adik perempuannya, setiap kali kedua beradik itu dibiarkan main bersama-sama, lantas kedengaran teriakan si kecil itu meraung memanggil ibunya. Ada saja yang yang tidak kena dengannya.

Di tadika pula, cikgu selalu memberitahu Elman yang berusia lima tahun sukar menumpukan perhatian, malah dia lebih agresif berbanding rakan seusianya. Elman juga menguasai egosentrik jauh lebih tinggi hingga bertindak menggigit tangan rakannya kerana enggan berkongsi alat permainan.

Tingkah laku anak sulung dalam keluarga itu membuatkan ibunya menjadi risau dan akhirnya mengambil keputusan bertemu pakar psikiatri seperti dicadangkan cikgu tadika.

Ibu Elman tidak mampu menerima kenyataan apabila laporan perubatan mendapati dia dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas dan memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding rakan di sekolahnya.

Pasti ramai yang beranggapan, apabila seseorang itu dikategorikan sebagai keperluan khas, mereka mengamali masalah kecacatan fizikal seperti terencat akal, pekak, bisu dan buta atau cacat anggota badan.

Namun, secara amnya ada enam kategori keperluan khas di Malaysia ini, termasuk kategori kurang upaya pendengaran, penglihatan dan fizikal, cerebral palsi dan masalah pembelajaran.

Penyelaras Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Md Nor, berkata kanak-kanak yang diletakkan mengikut kategori masalah pembelajaran adalah mereka yang mengalami lewat perkembangan (Global Developmental Delay).

Katanya, kumpulan kanak-kanak terbabit adalah berusia kurang daripada tiga tahun, kanak-kanak sindrom down, autisma, kurang tumpuan dan hiperaktif atau lebih dikenali sebagai Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), dan juga kanak-kanak terencat akal (Intellectual impairment) yang berusia lebih daripada tiga tahun.

"Dalam kanak-kanak berkeperluan khas, masalah pembelajaran tertentu seperti disleksia (kesukaran dalam menulis, mengeja dan membaca) dan dyscalculia (sukar mengira) juga termasuk dalam kategori sama selain hiperaktif.

"Kebiasaannya, guru berhadapan dengan kanak-kanak yang sukar untuk mengikuti pembelajaran di sekolah dan sebahagian daripada mereka dilabelkan sebagai bodoh, dungu, lembap dan nakal kerana sikap mereka yang kadangkala mengganggu kelas," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mariani memberitahu ADHD adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak dan membabitkan kesukaran buat mereka.

Jelas beliau, ADHD biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) iaitu kanak-kanak berkenaan berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang.

Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan.

Masalah pembelajaran adalah biasa berlaku kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberi tumpuan pada pelajaran di sekolah.

"Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah ini, guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan yang sangat penting dalam perkembangan emosi dan sosial mereka berikutan egosentrik kanak-kanak ini adalah sangat tinggi kerana segala tindakan mereka difikirkan betul.

"Namun untuk memberitahu kesilapan dilakukan kanak-kanak ini, haruslah kena pada caranya. Mereka perlu diberikan arahan satu persatu dengan jelas sekali gus memberikan pujian jika berjaya melakukan sesuatu yang bagus," katanya.

Justeru, Mariani menegaskan, bagi kanak-kanak hiperaktif, guru dan ibu bapa perlu tahu bagaimana untuk menarik perhatian mereka ketika menjalankan aktiviti pembelajaran kerana mereka cepat beralih kepada benda yang dianggap lebih seronok.

Pembelajaran yang dilakukan kanak-kanak ini perlu lebih singkat antara 10 minit hingga 15 minit selain penerangan yang jelas diperlukan oleh mereka.

"Kanak-kanak ini mudah beralih fokus jika mereka mendapati ada perkara lain di sekeliling mereka yang jauh lebih menarik berbanding pembelajaran yang dilakukan. Oleh itu, ibu bapa dan guru perlulah sentiasa kreatif dalam penyampaian pengajaran buat mereka.

"Bagi menggalakkan perkembangan kanak-kanak keperluan khas, aktiviti seperti menghadiri bengkal adalah langkah terbaik untuk mempertingkatkan perkembangan emosi dan sosial mereka. Di situ, kanak-kanak ini juga berpeluang untuk menjelajah dunia pembelajaran yang lebih bersesuaian," katanya.

Berdasarkan senario itu, semoga ibu Elman dan sesiapa saja ibu bapa yang mempunyai anak sebegitu, akan mendapat jalan penyelesaian yang terbaik untuk membimbing anaknya dalam mencapai pembelajarannya. Kanak-kanak pastinya lebih cemerlang dengan adanya kesabaran oleh ibu bapa, penjaga dan pihak sekolah.

INFO

ADHD

Biasanya wujud bersama Gejala Tentangan dan Bantahan (Oppositional Defiant Disorder) yang mana kanak-kanak itu berkelakuan degil, keras kepala, pemarah dan pembangkang. Masalah harga diri boleh berlaku kerana kesusahan di sekolah, rumah dan rakan. Masalah pembelajaran adalah biasa terjadi kerana kanak-kanak ini tidak dapat memberitumpuan pada pelajaran di sekolah.

Tanda dan gejala

Seorang kanak-kanak dikatakan mempunyai masalah ADHD jika dia mempunyai lebih daripada enam gejala daripada kategori berikut:

A. Kurang tumpuan

* Melakukan banyak kesilapan di dalam kerja sekolah.

* Mempunyai masalah untuk mengatur aktivitinya.

* Sering kehilangan barang di rumah dan di sekolah.

* Tidak dapat menyelesaikan tugasnya.

* Tidak memberi perhatian kepada orang yang sedang bercakap dengannya.

* Tidak berupaya mematuhi arahan.

* Mengelakkan aktiviti yang memerlukan fokus dan fikiran.

* Mudah hilang perhatian.

* Pelupa.

B. Hiperaktif

* Menggoyang-goyangkan tangan dan kakinya serta menggeliat dan resah di tempat duduknya.

* Meninggalkan kerusinya di kelas walaupun sepatutnya ia duduk di situ.

* Berlari-lari dan memanjat dengan berlebihan (lebih dari kanak-kanak biasa).

* Bising waktu bermain.

* Sentiasa bergerak ke sana ke mari (tidak duduk diam).

* Banyak bercakap.

C. Menurut kata hati (Impulsiviti)

* Menjawab dengan spontan walaupun soalan yang diajukan belum habis.

* Tidak sabar menunggu giliran.

* Sering mengganggu rakan lain semasa mereka bercakap atau bermain.

Ada beberapa teknik yang boleh diguna pakai oleh ibu bapa di rumah dan mungkin boleh berbincang dengan guru untuk dipraktikkan di sekolah:

* Berikan arahan satu persatu dengan jelas dan pastikan bahawa kanak-kanak itu memberi perhatian dan memahaminya.

* Beri pujian sekiranya mereka membuat sesuatu dengan baik. Cara ini akan menaikkan rasa harga dirinya. Berikan pujian dengan tepat, seperti tunjukkan anda berasa gembira kerana mereka menyimpan permainan di tempat yang betul.

* Wujudkan satu sistem memberi hadiah untuk menggalakkan kelakuan yang baik. Carta Bintang (hyperlink) adalah satu cara yang bagus untuk membantu kanak-kanak berkelakuan dengan lebih baik.

* Kekalkan kebiasaan aktiviti harian supaya kanak-kanak dapat menjangka apa yang berlaku setiap hari.

* Bantu kanak-kanak mengatur aktiviti harian mereka dengan menyediakan senarai semak untuk memastikan tugasnya disempurnakan.

* Galakkan anak mengawal kata hatinya, umpamanya berfikir dulu sebelum mengeluarkan kata-kata.

* Bina semangat dan kelebihan yang ada pada kanak-kanak itu dan jangan menitik beratkan pada kelemahannya saja.

* Tempatkan kedudukan kanak-kanak di bahagian barisan hadapan kelas.

* Minta bantuan guru untuk mencatatkan kerja kerja sekolah di dalam buku khas yang mana kanak-kanak ini boleh menunjukkannya kepada anda semasa di rumah nanti.
Source : Berita Harian

UMUR DAN GELARAN


Umur (tahun)Peringkat
Zigot; saat perjaninan, persenyawaan
Embrio; digelarkan fetus pada peringkat kemudian
Kanak-kanak
0 - 1.5Bayi
1.5 - 4Kanak-kanak bertatih
4 - 11Peringkat tengah kanak-kanak (budak sekolah rendah)
  10 - 11 (lebih kurang)  Prapubesens; subset yang atas
11 - 12Praremaja (atau peringkat akhir kanak-kanak);
sila perhatikan pertindanan dengan peringkat prapubesens    
13 - 20Remaja dan baligh
Dewasa
18 -25Dewasa muda (umur minimum yang tepat berbeza-beza)
16 - 39Kedewasaan awal
40 - 59Separuh umur
60+Orang tua
Terjadi pada umur
yang berbeza-beza
Kematian

Saturday 30 July 2011

AMALAN MULIA DI BULAN RAMADHAN

 Ramadhan adalah bulan mulia dan bulan pengampunan. Di bawah ini ada 12 amalan mulia yang biasa dikerjakan di bulan Ramadhan . Rasulullah SAW bersabda; "Apabila orang-orang mengetahui nilai lebih Ramadhan, mereka akan berharap agar semua bulan dijadikan sebagai bulan Ramadhan." (HR. Ibnu Huzaimah). 

Diantara amalan-amalan yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW di bulan Ramadhan adalah sebagai berikut: 

1. Shiyam (puasa) 
Ibadat  terpenting selama bulan Ramadhan tentu saja adalah shiyam (puasa), sebagaimana termaktub dalam firman Allah pada surat al Baqarah : 183-187. Dan diantara amaliyah shiyam Ramadhan yang diajarkan oleh Rasulullah ialah: 
a. "Barangsiapa berpuasa Ramadhan kemudian mengetahui rambu-rambunya dan memperhatikan apa yang semestinya diperhatikan, maka hal itu akan menjadi penghapus dosa-dosa yang pernah dilakukan sebelumnya." (HR. Ibnu Hibban dan Al Baihaqi). 
b. Tidak meninggalkan shiyam, walaupun sehari, dengan sengaja tanpa alasan yang dibenarkan oleh syari'at Islam. Rasulullah SAW bersabda bahwa : "Barangsiapa tidak puasa pada bulan Ramadhan sekalipun sehari tanpa alasan rukhshoh atau sakit, hal itu (merupakan dosa besar) yang tidak boleh ditebus bahkan seandainya ia berpuasa selama hidup." (HR. At Turmudzi). 
c. Menjauhi perkara-perkara yang dapat mengurangi atau bahkan menggugurkan nilai shiyam. Rasulullah SAW pernah bersabda: Bukanlah (hakikat) shiyam itu sekedar meninggalkan makan dan minum, melainkan meninggalkan perlakuan yang  sia-sia (tidak bernilai) dan berkata bohong." (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah). 
d. Bersungguh-sungguh melakukan shiyam dengan menepati aturan-aturannya. Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh Iman dan kesungguhan, maka akan diampunkani dosa-dosa yang pernah dilakukan." (HR. Bukhori, Muslim dan Abu Daud). 
e. Bersahur, Dalam hal ini Rasulullah pernah bersabda bahawa: "Makanan sahur semuanya bernilai berkah, maka jangan anda tinggalkan, sekalipun hanya dengan seteguk air. Allah dan para Malaikat mengucapkan salam kepada orang-orang yang makan sahur." (HR. Ahmad). Dan disunnahkan mengakhiri waktu makan sahur. 
f. Ifthar, berbuka puasa. Rasululah pernah menyampaikan bahawa salah satu indikasi kebaikan umat manakala mereka mengikuti sunnah dengan mendahulukan ifthor (berbuka puasa) walau dengan air saja. Rasulullah SAW bersabda bahwa: "Sesungguhnya termasuk hamba Allah yang paling dicintai oleh-Nya, ialah mereka yang bersegera berbuka puasa." (HR. Ahmad dan Tirmidzi). 
g. Berdo'a. Sesudah menyelesaikan ibadah puasa dengan ber-ifthar, sebagai wujud syukur kepada Allah, Rasulullah Saw berdoa. 

2. Tilawah (membaca) al Qur'an 
Ramadhan adalah bulan diturunkannya al Qur'an. (QS. Al Baqarah: 185). Pada bulan ini Malaikat Jibril pernah turun dan menderas al Qur'an dengan Rasulullah SAW (HR. Bukhori). Imam az Zuhri pernah berkata : "Apabila datang Ramadhan maka kegiatan utama kita (selain shiyam) ialah membaca al Qur'an". Hal ini tentu saja dilakukan dengan tetap memperhatikan tajwid (kaidah membaca al Qur'an) dan sesungguhnya  diturunkannya al Qur'an untuk ditadabburi, dipahami dan diamalkan. (QS. Shad: 29). 

3. Ith'am ath tho'am (memberikan makanan dan sedekah). 
Salah satu amalan Ramadhan Rasulullah ialah memberikan ifthar (santapan berbuka puasa) kepada orang-orang yang berpuasa. Seperti beliau sabdakan: "Barangsiapa yang memberi ifthar kepada orang-orang yang berpuasa, maka ia mendapat pahala senilai pahala orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut." (HR. Turmudzi dan an Nasa'i). 
Memberi makan dan sedekah selama bulan Ramadhan ini bukan hanya untuk keperluan ifthar melainkan juga untuk segala kebajikan. Rasulullah yang dikenali sebagai seorang yang  dermawan dan prihatin terhadap nasib umat, pada bulan Ramadhan kedermawanan dan keperhatinannya lebih menonjol. 

4. Memperhatikan kesihatan. 
Dengan berpuasa menjadikan kita menilai tahap kesihatan kita dengan mengamalkan amalan yang disenaraikan ini: 
a. Bersugi (bersiwak) (HR. Bukhori dan Abu Daud). 
b. Berubat seperti dengan berbekam (al hijamah) seperti yang diriwayatkan oleh Bukhori dan Muslim. 
c. Memperhatikan penampilan, seperti pernah diwasiatkan oleh Rasulullah SAW kepada sahabat Abdullah ibnu Mas'ud Ra, agar memulai puasa dengan penampilan baik dan tidak dengan wajah yang kusut. (HR. AL Haitsami). 

5. Memperhatikan keharmonian keluarga. 
Sekalipun puasa adalah ibadah yang khusus diperuntukkan kepada Allah, yang memang juga mempunyai nilai khusus dihadapan Allah, tetapi agar hal tersebut di atas dapat terealisir dengan lebih baik, maka Rasulullah justru mensyariatkan agar selama berpuasa umat tidak mengabaikan harmoni dan hak-hak keluarga. 

6. Mempertingkatkan aktivitida'wah dan sosial 
Rasulullah SAW menjadikan bulan puasa sebagai bulan penuh amalan dan aktiviti berdk'wah, kegiatan sosial, perjalanan jauh dan berjihad. 
Dalam sembilan kali Ramadhan yang pernah beliau lalui, beliau melakukan perjalanan dalam perang Badr (tahun 2 H), Mekkah (tahun 8 H), dan Tabuk (tahun 9 H), mengirimkan 6 askariyah (pasukan jihad yang tidak secara langsung beliau pimpin), melaksanakan perkawinan putrinya (Fathimah) dengan Ali RA, beliau berkeluarga dengan Hafshoh dan Zainab Ra, meruntuhkan berhala-berhala Arab seperti Lata, Manat dan Suwa', meruntuhkan masjid adh Dhiror, dll. 

7. Sembahyang tarawih 
Diantara kegiatan ibadah Rasulullah selama bulan Ramadhan ialah ibadah qiyam al lail, yang lebih popular disebut sebagai sembahyang tarowih. Rasullullah melakukan sembahyang tarowih bersama dengan para sahabat beliau. Sekalipun berakhirnya sembahyang tarawih (berjama'ah) itu menjadi diwajibkan oleh Allah, Rasulullah kemudian meninggalkannya. (HR. Bukhori Muslim). Dalam situasi itu riwayat yang saheh menyebutkan bahwa Rasulullah shalat tarawih dalam 11 raka'at dengan bacaan-bacaan yang panjang. (HR. Bukhori Muslim). 
Tetapi ketika tentang wajibnya shalat tarawih itu tidak ada lagi, kita dapatkan riwayat-riwayat lain, juga dari Umar ibn al Khothob ra, yang menyebutkan jumlah raka'at shalat tarawih adalah 21 atau 23 raka'at. (HR. Abdur Razaq dan al Baihaqi). 

8. I'tikaf. 
Diantara sunnah yang selalu dilakukan oleh Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan ialah i'tikaf, yakni berdiam diri di dalam masjid dengan niat beribadah kepada Allah. Seperti dilaporkan oleh Abu Sa'id al Khudlri Ra, hal demikiam ini pernah beliau lakukan pada awal Ramadhan, pertengahan Ramadhan dan terutama pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan. Ibadah yang demikian penting ini sering dianggap berat sehingga ditinggalkan oleh orang-orang Islam, maka tidak hairan kalau Imam az Zuhri berhujah; "Aneh benar keadaan orang Islam, mereka meninggalkan ibadah i'tikaf, padahal Rasulullah SAW tak pernah meninggalkannya semenjak beliau datang ke Madinah sehingga wafatnya disana." 

9. Lailatul al Qodar 
Dibulan Ramadhan ini terdapat satu malam yang sangat berkat, yang popular disebut sebagai lailatul al Qadar, malam yang lebih berharga dari seribu bulan (QS. Al Qadr : 1-5). Rasulullah tidak pernah melewatkan kesempatan untuk meraih lailatul qadar terutama pada malam-malam ganjil pada 10 hari terakhir bulan puasa (HR. Bukhori Muslim). 
Dalam hal ini Rasulullah menyampaikan bahawa : "Barang siapa yang solat pada malam lailatul qadar berdasarkan iman dan ihtisab, maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhori Muslim). 

10. Umrah. 
kebanyakan Umat islam mengerjakan umrah pada bulan Ramadhan, sebab dijanjikan pahala yang berkali ganda, sebagaimana pernah disabdakan oleh Rasulullah kepada seorang wanita dari anshar bernama Ummu Sinan: "Agar apabila datang bulan Ramadhan ia melakukan umrah, karena nilainya setara dengan haji bersama Rasulullah SAW. (HR. Bukhori Muslim). 

11. Zakat Fitrah 
Pada hari-hari terakhir bulan Ramadhan amalan yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW ialah membayarkan zakat fitrah, suatu kewajiban yang harus dipenuhi oleh umat Islam baik lelaki atau  perempuan, baik dewasa maupun anak-anak (HR. Bukhori Muslim). 
Zakat fitrah ini juga berfungsi sebagai pelengkap penyucian untuk ibadat puasa dan untuk membantu kaum fakir miskin. (HR. Abu Daud dan Ibnu Majah). 

12. Ramadhan bulan taubat menuju fithrah 
Selama sebulan penuh, secara berduyun-duyun umat kembali kepada Allah yang Maha Pemurah juga Maha Pengampun. Dia Dzat yang menyampaikan bahwa pada setiap malam bulan Ramadhan Allah membebaskan banyak hambaNya dari api nereka. (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah). 

Inilah kesempatan yang bagaikan emas agar umat dapat kembali bertaubat agar ketika mereka selesai melaksanakan ibadah puasa mereka benar-benar kembali kepada fithrahnya. (bul/Hidayatullah)

Friday 15 July 2011

Mendisiplinkan anak perlu ketegasan

Mendisiplinkan anak perlu ketegasan

Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

ANAK cemerlang sama ada dalam pelajaran, kokurikulum dan sukan adalah mereka yang disiplin.
Ramai ibu bapa gagal mendi-siplinkan anak mereka dan tidak sedar pentingnya perkara itu.
Mendisiplinkan anak memerlukan ketegasan, komitmen dan kebiasaan ibu bapa sendiri. Apabila kita tegas dan anak tahu yang kita serius, mereka akan akur dan berusaha mematuhinya.

Usah jadi seperti ketam yang mengajar anaknya berjalan betul sedang diri sendiri tidak betul.


Berikut beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam mendisiplinkan anak:



  • Pastikan mereka tiba awal ke sekolah. Sikap tidak kisah ibu bapa, akhirnya anak didenda pengawas. Ini pasti mengganggu emosi anak dan menyebabkan mereka ponteng kerana takut atau malu masuk ke sekolah.




  • Jejaki anak anda selepas sekolah. Kebanyakan sekolah harian, waktu persekolahan tamat tengah hari sedangkan ibu bapa bekerja hingga jam 5 petang.

    Dalam masa beberapa jam tanpa kawalan itu, anak boleh lakukan pelbagai perkara. Sesekali lakukan pemeriksaan mengejut dengan balik ke rumah awal untuk pastikan aktiviti anak. Jejaki di mana mereka dan
    siapa kawan mereka.




  • Pastikan mereka hadir di sekolah, kelas tuisyen dan kelas agama. Sibukkan diri anak selepas waktu persekolahan dengan menghantar mereka ke kelas tuisyen dan kelas agama.

    Ini membolehkan kita tahu di mana mereka. Periksa dengan guru tuisyen dan agama sama ada anak kita hadir atau tidak. Jangan percaya bulat-bulat cakap anak.




  • Semak beg dan laci anak. Sesekali cuba semak beg dan laci anak dan
    tengok apa di dalamnya. Mereka mungkin menyimpan video lucah atau rokok.




  • Pastikan mereka siapkan tugasan dan kerja sekolah. Namanya pun ber-sekolah jadi pasti ada kerja rumah.




  • Jangan terlalu percaya apabila anak berkata tiada kerja rumah. Lama-kelamaan anak terbiasa dengan tidak me-nyiapkan kerja sekolah. Ini membuatkan mereka tidak faham apa yang dipelajari dan keputusan peperiksaan merosot.




  • Aturkan masa belajar dan masa rehat. Didik mereka konsep pengurusan masa. Mereka perlu tahu waktu belajar, main, menonton TV, Internet, beribadah dan santai.




  • Latih anak dirikan solat di awal waktu. Disiplin anak bermula dengan bagaimana mereka mengerjakan solat.

    Jika suruhan Allah dilewatkan dan diabaikan, sukar mereka mematuhi suruhan manusia. Biasanya anak memberatkan akan kepentingan solat ini. Lama kelamaan ia akan menjadi kebiasaan.




  • Dalam mendisiplinkan anak, ibu perlu adil antara seorang anak dengan yang lain. Jangan anak A perlu berada di rumah sebelum jam 6 petang tetapi anak B, dia balik jam 7 malam, kita masih mendiamkan diri. Ini mungkin menyebabkan anak protes.




  • Dalam mendisiplinkan anak, keseragaman arahan dan peraturan antara ibu dan bapa penting. Ibu kata masuk tidur jam 10 malam, tetapi si ayah suruh jam 11 malam. Mana satu anak nak ikut? Akhirnya mereka ikut masa mereka sendiri.

    Anak yang bermotivasi akan lebih mudah untuk berdisiplin, contohnya yang mengikuti program Motivasi Alihan Pelajar yang dianjurkan MAP Training
    & Consultancy Sdn Bhd.

    Mereka mampu mengurus diri dan mengatur masa dengan sendiri kerana didedahkan kepentingan disiplin sepanjang program motivasi itu.

    Selepas program dua hari, ibu bapa akan mendapati anak-anak mereka lebih mudah dibentuk, bersemangat dan mempunyai kesedaran diri dan disiplin tinggi.

    Ibu bapa boleh masukkan anak-anak mereka ke program Motivasi Alihan
    Pelajar pada Julai ini di Kuala Lumpur.

    Maklumat lanjut, hubungi 05-3134622, 016-5580619, 03-22734622, 016-5580719; atau layari http://www.laman-map.com.







  • Thursday 9 June 2011

    myclass012

    http://myclass012.blogspot.com/

    Wednesday 8 June 2011

    ICT Dalam Pendidikan

    http://pkukmweb.ukm.my/~jurfpend/journal/vol%2032%202007/JPendidikan32/Jpend32[09].pdf

    Penggunaan ICT dalam P-P

    http://citacita.tripod.com/nota/multimedia.htm